Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Ayer Panas ini terletak di negeri Melaka iaitu dibawah parlimen Jasin dan Dun Bemban. Berdekatan Kampung Ayer panas ini juga terdapat kampung serta taman-taman lain seperti Kampung Ulu-duyung, Kesang serta Bemban. Dahulu nya kampung Ayer panas ini terletak dibawah Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), namun setelah penubuhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada tahun 2010, kampung Ayer Panas ini telah diurus oleh Pihak Berkuasa Tempatan MPHTJ.

Menurut sejarah, nama Kampung Ayer Panas mendapat namanya melalui sebuah kawasan yang mempunyai mata air yang panas secara semula jadi. Kawasan tersebut dijumpai oleh seorang penduduk kampung iaitu Tan Kim Tian pada sekitar 1884. Beliau kemudiannya membina dan membuka kolam mata air panas pada 8 Mei 1884.

Dahulu, Kampung Ayer Panas menjadi tempat tumpuan masyarakat kampung mengadakan Pesta Mandi Safar kerana air belerang yang dihasilkan dari mata air yang panas dikatakan boleh mengubati penyakit kulit dan lumpuh.

Kawasan mata air semula jadi kemudiannya telah dimajukan sebagai sebuah pusat rekreasi dan pelancongan yang dikenali dengan nama Pusat Rekreasi dan Kolam Air Panas. Namun, pengurusan pusat rekreasi telah diambil alih dan kini ia dikenali sebagai Taman Air Panas Semula jadi Jasin atau Jasin Hot Spring.

Di Kampung ini terdapat lebih kurang 80 buah rumah penduduk merangkumi 2 balai raya/Pusat khidmat masyarakat sebuah surau dan gelanggang Futsal. Daripada 2 balai raya itu, 1 daripadanya diambil alih oleh Pertubuhan Belia 4B (M) cwgn Ayer Panas untuk dijadikan bilik gerakan pertubuhan itu dan sebuah lagi telah diguna untuk menempatkan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


KDB Dan Hari Bersama Komuniti Di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Terendak Permai, Melaka

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2016

PI1M Air Panas & berberapa PI1M Negeri Melaka, telah dijemput bersama-sama menjayakan KDB & Hari Terbuka Pi1M Terendak Permai, Melaka. baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Air Panas

Aktiviti Terkini | 20 November 2016

Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Air Panas. Tujuan program ini Mempromosikan dan memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada penduduk setempat agar penduduk dapat mengetahui kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia. baca selanjutnya

Bengkel Aplikasi dan Lego (Robotik) #BAL 2016 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Serkam, Merlimau, Jasin, Melaka

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016

Bengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik. baca selanjutnya

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC. baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya PI1M Kemendor

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Kemendor telah mengadakan Merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dengan masyarakat setempat. Pertandingan ini telah diadakan dengan dibantu oleh Pusat Internet 1 Malaysia Tun Ghafar Air Kangkong, Pusat Internet 1 Malaysia Kesang Barat dan Pusat Internet 1 Malaysia Air Panas...baca selanjutnya

PERTANDINGAN EDUCATION EXPLORACE

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Kemendor telah mengadakan Pertandingan Education Explorace bagi kanak-kanak di Taman Seri Kemendor. Pertandingan ini telah diadakan dengan dibantu oleh Pusat Internet 1 Malaysia Tun Ghafar Air Kangkong, Pusat Internet 1 Malaysia Kesang Barat dan Pusat Internet 1 Malaysia Air Panas...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.